Kemalangan Maut 3 Rentung DI Highway SILK


Реклама:

Реклама:

[ JENAYAH MINGGU INI ]

Tiga rentung selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbakar di Kilometer 6.9 Lebuhraya SILK arah ke Sungai Long di sini, lewat petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 6.20 petang, kereta BMW itu dipercayai terbabas akibat hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

«Ketika kejadian, ada tiga mangsa dalam kenderaan dan semua mereka rentung dalam nahas itu.

«Seorang mangsa sudah dapat dikenal pasti identitinya iaitu seorang wanita berusia 65 tahun berasal dari Taman Anggerik Emas, Kajang,» katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, polis masih memeriksa nombor casis kenderaan dan sedang berusaha mengesan waris mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd Nudin, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian.

«Semua mangsa tersepit dalam kenderaan itu yang terbakar hampir 90 peratus.

«Kerja mengeluarkan semua mangsa mengambil masa lebih sejam sebelum diserahkan kepada polis,» katanya.

#MKLCRIMEDESK #RENTUNG #BMW

__

Like, Follow & Subscribes us at
Facebook https://www.facebook.com/metronewsmedia
Twitter https://twitter.com/twt_metronews
Instagram http://instagram.com/metronewskl

We are news provider to local TV stations & international news agencies. We are EVERYWHERE & EVERYDAY!

We welcome any suggestions or recommendations. If you have any original recording of crime news video that you want to share with, please contact us via email at [email protected]
Stay tune with us for more crime news especially in Kuala Lumpur, Klang Valley and Malaysia!

Смотреть в источнике

Categories
tags

Один Ответ

Добавить комментарий

Ваш адрес email не будет опубликован. Обязательные поля помечены *

Реклама:

Реклама:


Создание Сайта Кемерово, Создание Дизайна, продвижение Кемерово, Умный дом Кемерово, Спутниковые телефоны Кемерово - Партнёры